17 Hari lagi menuju MotoGP



Tahukah anda Karel Abraham pernah 2 kali bersara di kelas MotoGP? Sebenarnya kisahnya Panjang, meh min cerita kepada korang dan cuba ringkaskan perjalanan karier bekas pelumba MotoGP, Karel Abraham. Beliau adalah seorang Pelumba MotoGP yang cukup berpengalaman. Lahir pada 2 Januari 1990 di Brno, Czechoslovakia. Abraham bertanding dalam perlumbaan motosikal Grand Prix dari tahun 2005 hingga 2015 dengan menunggang kelas 125cc, 250cc, Moto2 dan MotoGP. Beliau Kembali ke MotoGP semula dari tahun 2017 hingga 2019.

Umum mengetahui bahawa ayah kepada Karel Abraham sangat kaya. Beliau ialah pemilik salah satu litar di kalendar MotoGP iaitu litar Brno, Czech dan memiliki pasukan di dalam kejuaraan MotoGP. 

Karier Karel Abraham :

1) 125cc (2005-2006)
2) 250cc (2007-2009)
3) Moto2 (2010)
4) MotoGP (2011-2015)
5) WSBK (2016)
6) MotoGP (2017 – 2019)

1) 125cc
Abraham mula berlumba di kelas 125cc di kejuaraan dunia MotoGP pada tahun 2005, menunggang bersama pasukan Semprucci Cardion Blauer dengan jentera Aprilia. Pada tahun 2006, dia menyertai pasukan AB Motoracing milik ayahnya. 

2) 250cc
Tahun 2007 hingga 2009 Abraham Naik ke kelas 250cc menunggang untuk AB Motoracing juga menggunakan jentera Aprilia. 

3) Moto2 
Pada tahun 2010, kelas 250cc telah dinaiktaraf kepada Moto2, Abraham dan AB Motoracing bertanding di kelas Moto2 menggunakan casis RSV dan FTR. 

Walaupun ramai yang memberi kritikan terhadap Abraham iaitu Abraham "membeli" jalannya ke MotoGP tidak pernah terhenti, Abraham mampu membuktikan kebolehannya dengan mengambil podium pertamanya di Twin Ring Motegi dan kemudian memenangi Grand Prix pertamanya di Grand Prix Valencia pada musim 2010 di kelas Moto2 iaitu perlumbaan terakhir pada musim 2010.

4) MotoGP
Pada tahun 2011, Abraham dan pasukan melangkah ke kelas MotoGP. setelah menandatangani kontrak dengan Ducati, dia menamatkan musim di tempat yang ke 14 dalam kejuaraan dengan  64 pungutan mata. Keputusan terbaiknya adalah di tempat ke 7 di Jerez dan Silverstone. Pasukan ini kekal bersama Ducati untuk 2012 dan Abraham menamatkan musim dengan keputusan terbaiknya di posisi ke 7 di Valencia pada musim 2012.

Pada tahun 2013, Abraham beralih ke ART-Aprilia yang berjalan di bawah peraturan CRT, Dia menamatkan musim di tempat ke-24 secara keseluruhan dengan hanya 5 mata. CRT disusun semula sebagai kelas "Terbuka" untuk tahun 2014 dan Abraham mengambil bahagian dengan Honda RCV1000R yang baru. Dia memperoleh kedudukan ke-17 secara keseluruhan dengan 33 pungutan mata. Pada tahun 2015 Abraham bergelut dengan Honda RC213V-RS dan langsung tidak mendapat mata. 

5) WSBK
Pada tahun 2016, tiada tempat lagi untuk Abraham dan beliau mengambil keputusan untuk bertanding dalam kejuaraan  Superbike World Championship Abraham membawa jentera BMW S1000RR untuk pasukan Milwaukee BMW. Beliau Berjaya mendapatkan 33 pungutan mata dan berada di posisi 18 secara keseluruhan dengan posisi terbaiknya adalah di kedudukan ke 9 Di Donington Park.

6) MotoGP
Pada tahun 2017 beliau kembali ke kelas MotoGP dibawah naungan pasukan Pull&Bear Aspar Team sehingga 2018. Nama Aspar ditukar kepada Ángel Nieto Team pada tahun 2018. Pada musim 2019, Ángel Nieto Team mengumumkan persaraan pasukan itu dari MotoGP dan digantikan dengan Pasukan Petronas Yamaha SRT. Pada musim ini, Abraham telah berpindah ke pasukan Reale Avintia Racing.

Nasib Malang Abraham untuk musim 2020 beliau disingkirkan daripada pasukan Reale Avintia Racing untuk memberi laluan kepada Zarco walaupun sebenarnya beliau telah menandatangani kontrak bersama pasukan tersebut pada musim 2020. Pemecatan ini lebih menyedihkan apabila pasukan Reale Avintia Racing menyinkirkan beliau hanya melalui email tanpa bersua muka dan perbincangan yang formal. Pada masa itu, Beliau telah memuat naik status berterima kasih kepada peminat yang memberi kata semangat dan beliau juga amat marah, terkilan dan terutama sedih.

#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TWmedia #TWcare #KA17

Comments

Follow Us