18 hari lagi menuju MotoGP



Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, lahir 1976 di Teluk Intan, Perak, ialah bekas pelumba Grand Prix Motosikal dari Malaysia. 

Tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa Shahrul Yuzy adalah pencetus fenomena industri sukan permotoran di negara ini.  Beliau merupakan pelumba negara yang pertama berentap di pentas antarabangsa dari tahun 1996 hingga 2002 bersama pasukan Petronas Sprinta TVK dalam kategori 250cc. 

Pada hujung tahun 2002, beliau bersara sebagai pelumba dan beliau telah menjadi mentor sepenuh masa untuk pasukan Petronas Sprinta Racing sehingga tahun 2007.  

Pada Tahun 2008, beliau telah bekerjasama dengan Modenas untuk menubuhkan sebuah pasukan yang dinamakan Pasukan Modenas Yuzy Pachi. Buat masa sekarang pula beliau aktif mengurus pasukannya yang bersaing dalam kejuaraan Malaysian Cub Prix dan juga Asia Road Racing.

Siapa sempat tengok beliau race?

#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TWmedia #TWcare #Dorna #MotoGP #TWtrivia #shahrulyuzy #yuzy

Comments

Follow Us