19 hari menuju motogp




Alvaro Bautista, nama yang tidak asing lagi bagi peminat sukan permotoran 2 roda terbesar dunia, MotoGP dan WSBK, Beliau adalah bekas juara dunia 125cc dan seorang pelumba yang sangat berpengalaman. Ini kerana sepanjang beliau terlibat dengan MotoGP, beliau telah membawa 4 jenis jentera yang berbeza iaitu, Suzuki, Honda, Aprillia dan Ducati.

Pada 2018, Beliau pernah mengantikan tempat Jorge Lorenzo di team kilang Ducati semasa perlumbaan di litar Phillip Island, Australia dan berjaya menunjukkan prestasi cemerlang kerana dapat bersaing rapat dengan kumpulan hadapan. Beliau akhirnya menduduki tempat ke 4. Ketika itu, beliau masih mengharapkan tempat di pasukan kilang Ducati dan akhirnya beliau memilih untuk ke WSBK bersama pasukan Ducati Aruba.It kerana Ducati MotoGP lebih memilih Danilo Petrucci untuk bergandingan dengan Andrea Dovizioso pada musim 2019.

Pada perlumbaan perdananya di WSBK bersama pasukan Ducati Aruba.It, beliau berjaya memenangi dan mendominasi kesemua perlumbaan mengalahkan juara bertahan, Jonathan Rea dengan jarak begitu jauh sekali. Prestasinya sangat luar biasa ini menyebabkan ramai yang mengatakan bahawa beliaulah dapat mematahkan dominasi Juara Bertahan WSBK, Jonathan Rea.

Tetapi, Prestasi cemerlang ini malangnya tidak bertahan lama, selepas beberapa perlumbaan, WSBK mengubah regulasi perlumbaan untuk setiap jentera bagi memastikan kuasa setiap jentera adil. Pada masa itu, pasukan Ducati di "cut off" RPM enjinnya dan sejak pada itu, prestasi Baustista tidak garang lagi. Tambahan pula dengan faktor Ducati MotoGP menyambung kontrak Danilo Petrucci untuk musim 2020, mungkin sedikit terkesan dengan penurunan motivasi Bautista. Ini kerana Bautista masih mengharapkan kembali ke MotoGP dengan Pasukan Kilang Ducati untuk musim 2020.

Pada Musim 2020, Pasukan Honda mengeluarkan motor CBR1000RR serba Baharu dan menrekrut Bautista sebagai projek jangka panjang mereka untuk bangunkan jentera. Apa pendapat anda? adakah setiap kecemerlangan pelumba motor disebabkan jentera atau prestasi pelumba itu sendiri?

#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TWmedia #TWcare #motogp #Berita #19harilagimotogp #alvarobautista #AB19

Comments

Follow Us