- Get link
- X
- Other Apps
Fabio Quartararo, Rider muda yang kini hangat dibincangkan oleh Peminat2 MotoGP di seluruh dunia, mana taknya, tahun pertamanya di kelas motoGP, dia sudah menyerlah dan mengejutkan ramai pihak,
Dato Razlan sendiri menyatakan beliau amat terkejut dengan prestasi Fabio Quartararo dan rider ini melebihi jangkaannya. " Ketika kami mengumumkannya beliau sebagai pelumba kedua kami, banyak orang memberitahu kami bahawa kami membuat pilihan yang salah, tetapi sekarang semua orang setuju bahawa kami telah membuat keputusan yang tepat! ", Kata Dato Razlan.
Sedia Maklum Prestasi Fabio di Moto3 dan Moto2 tidak terlalu menonjol, tetapi selepas berpindah ke kelas MotoGP, dia telah membuktikan kebolehannya untuk beradaptasi dengan Motor Yamaha M1 dengan cepat.
Untuk rekod, Motor M1 milik Fabio tidak sama dengan Franco Morbidelli yang menggunakan Spec A, manakala Fabio hanyalah menggunakan Spec B. Perbezaan yang ketara antara kedua spec ini adalah, enjin spec B kurang 500 RPM berbanding spec A yang akan2 sama dengan spec Motor M1 milik Rossi dan Vinales di team kilang Monster Energy Yamaha MotoGP. Tetapi, walaupun dengan pakej motor yang lebih rendah, Ia tidak menghalang Prestasi Fabio yang dapat mengatasi Franco Morbidelli. Fabio berjaya mendapat gelaran Rookie of The Year dan Best Indipendent Rider pada musim 2019.
Pada musim 2021, Fabio secara rasmi berpindah ke team Monster Energy Yamaha MotoGP menggantikan Valentino Rossi. Ini bermakna Fabio akan menggunakan pakej motor yang paling tinggi dari pihak Yamaha. Adakah Fabio mengugat Juara 8 Kali Marc Marquez untuk musim 2021?
#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TWmedia #TWcare #motogp #fabio #fabioquartararo #fq20
Comments
Post a Comment