- Get link
- X
- Other Apps
Ujian tertutup selama tiga hari di Litar Misano oleh pasukan Ducati, KTM, Aprilia dan Suzuki telah berakhir semalam. Di khemah Aprilia, Aleix Espargaro berjaya melakukan 183 pusingan sepanjang tiga hari ujian dengan masa terpantas 1:32,932 iaitu terpantas diantara semua pelumba dan pasukan yang terlibat. Sementara itu, rakan sepasukan Bradley Smith mencatat masa terpantas 1:33,536.
Secara amnya, ujian di Litar Misano amat penting bagi kedua-dua pasukan iaitu Aprilia dan KTM kerana ujian ini adalah ujian terakhir buat mereka untuk mengesahkan spesifikasi enjin dan jentera sebelum 29 Jun 2020 bagi kegunaan perlumbaan pembukaan di Itali bulan hadapan.
"Kami menilai pelbagai penyelesaian pemanduan, enjin dan elektronik dalam tiga hari ujian berlangsung. Pelumba juga memerlukan ujian ini untuk mencari rentak mereka setelah berhenti berlumba agak lama. Saya dapat nyatakan kami kembali mendapat rentak dan terus meningkat dari hari ke hari sepanjang tiga hari kami berada di Litar Misano" - Rimano Albesiano - Pengarah teknikal perlumbaan Aprilia.
#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TWmedia #TWMotoGP #MotoGP #Misano #Aprilia
Comments
Post a Comment