Asal-Usul Jenama Motorsikal Terkenal : Episod 3 - Pengeluar Eropah (Ducati, Aprilia dan MV Agusta)





5. Ducati 
Syarikat Ducati terkenal mampu menawarkan motor-motor yang mempunyai rekaan yang sangat sukar ditandingi juga mempunyai sejarah yang sangat panjang. 

Pada tahun 1922, Adriano Cavalieri Ducati iaitu seorang anak muda yang berusia 19 tahun gemar melakukan eksperimen dengan sistem radio. Eksperimen beliau berjaya menghubungkan gelombang dari rumahnya di Bologna, Itali dengan sebuah lokasi di Amerika Syarikat. Ianya merupakan satu kejayaan besar pada era tersebut.  

Hasil kejayaan ini, Adriano bersama adik-beradiknya Bruno dan Marcello menubuhkan Società Scien fica Radio Breve Ducati atau SSR, bagi membina sistem radio kondenser. 
Perniagaan mereka laris kerana Bologna ketika itu diangkat menjadi pusat perkembangan teknologi radio. Mereka juga turut disokong kerajaan Itali ketika itu di bawah pemerintahan Benito Mussolini, yang mahu memodenkan Itali secara agresif. Hasil usaha keras ini, mereka berjaya membuka kilang di Borgo Panigale, sebuah kawasan luar bandar di Bologna. 

Ducati mula mengeluarkan pelbagai produk seperti kamera dan lensa, sebelum kilang mereka diambil alih tentera Jerman atas perjanjian kerajaan Jerman dan Itali. Pada tahun 1947, SSR diisytiharkan bankrap namun terus mendapat sokongan kerajaan yang masih nampak potensi perusahaan mereka. 
 
Bagi membantu perniagaan Ducati, syarikat itu diminta membantu pembangunan jentera enjin dengan sebuah syarikat lain dan enjin pertama mereka, Cucciolo T1 yang dibina menjadi asas kebangkitan Ducati sebagai gergasi dunia permotoran Eropah.

6 Aprilia 
Aprilia sangat popular di kalangan peminat jentera dua roda suatu ketika dulu. Bagaimanapun, kisah bagaimana nama ini dipilih nyata berbeza dengan jenama-jenama lain dalam senarai kami ini. Seorang ahli perniagaan bernama Cavaliere Alberto Beggio menubuhkan sebuah kilang pembuatan basikal di Venice pada tahun 1962. Enam tahun berikutnya, Ivano Beggio anak kepada Cavaliere mengambil alih tugasan ayahnya. 

Di bawah kendalian Ivano, syarikat mereka mula mengeluarkan motorsikal kerana Ivano merasakan basikal bukanlah sesuatu yang dapat terus mendorong minatnya. Motosikal pertama mereka menggunakan jenama Aprilia adalah sebuah motorsikal 50cc sebelum dua buah moped bernama Colibri dan Daniela dilancarkan. 
Namun dari mana datangnya asal-usul nama 'Aprilia'? 

Kisahnya begini, Cavaliere adalah seorang pencinta kereta dan salah satu model kereta yang sangat diminatinya adalah kereta keluaran syarikat Lancia yang diberikan nama Lancia Aprilia. Jadi sejak mula Cavaliere menamakan kilang mereka sebagai Aprilia ekoran minatnya terhadap model kereta tersebut yang dikatakan unik serta berbeza berbanding kereta lain.

7. MV Agusta 
Nama Agusta pertama kali muncul pada awal abad ke-20. Agusta adalah nama pelopor industri aeronautik Itali yang hebat, Count Giovanni Agusta. Dilahirkan di Sicily, Giovanni Agusta kemudian berpindah ke Lombardy dan pada tahun 1907 mendirikan syarikatnya di Samarate "Cascina Costa" (Varese). Pengeluaran pesawat Agusta meningkat semasa Perang Dunia Pertama, ketika itu beliau juga menjadi sukarelawan di dalam Batalion Udara Malpensa.

Ketika Giovanni Agusta meninggal pada tahun 1927, syarikat itu diambil alih oleh bekas isteri beliau, Giuseppina serta anaknya Domenico. Pada waktu itu mereka menghadapi krisis di dalam sektor aeronautik dan mencari jalan untuk lari dari kebangkrutan. Mereka memutuskan untuk menukar pengeluaran dari kapal terbang ke motosikal, agar dapat memenuhi permintaan untuk pengangkutan bermotor di Itali. Perkara pertama yang mereka lakukan ialah mencipta enjin motosikal yang murah untuk dihasilkan dan dikendalikan. Enjin dua lejang 98 cc dengan tiga sistem sesaran adalah pengeluaran pertama mereka. Seterusnya mereka  cuba untuk memadankan enjin tersebut kepada motorsikal pertama mereka yang mempunyai transmisi gear utama, klac dan kotak gear dua kelajuan.

Perkembangan pengeluaran enjin dan motorsikal pertama mereka terganggu oleh Perang Dunia kedua dan pada tahun 1943 Cascina Costa diduduki oleh tentera Jerman. Selepas perang berakhir, Domenico Agusta mengasaskan Meccanica Verghera (MV) untuk menyelesaikan projek motosikalnya sebelum ini. 
Pada musim gugur tahun 1945, model motorsikal MV Agusta pertama kali dipersembahkan kepada umum. Motosikal ini harus dipanggil nama “98".Pada tahun 1946, MV Agusta secara rasmi mula bertanding dalam perlumbaan endurance dan memenangi pertandingan tersebut. Pada musim pertama Vincenzo Nencioni memenangi perlumbaan endurance di La Spezia. Ketika perlumbaan endurance di Monza pada 3 November, podium dikuasai oleh pelumba dari MV Agusta iaitu Vincenzo Nencioni, Mario Cornalea dan Mario Paleari.

Sumber :  iluminasi.com

#TwoWheels #MGPM #MGPFCM TWmedia #Ducati #Aprlia #MVagusta

Comments

Follow Us