Berita Semasa : Rentetan kejadian penghantar makanan dilanggar oleh pemandu mabuk.







Berita Semasa : Rentetan kejadian penghantar makanan dilanggar oleh pemandu mabuk.

Kejadian berlaku jam 1.30 pagi semalam dimana Mohamed Zaili Mohamed maut di tempat kejadian selepas dirempuh pemandu mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar,  Kuala Lumpur. Arwah ketika itu dalam perjalanan pulang dari Pantai Dalam ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan dijual oleh isteri beliau.

Arwah Mohamed Zaili Mohamed selamat dikebumi pada jam 1.10 tengahari tadi di Tanah Perkuburan Bandar Tasik Kesuma, Semenyih.

Arwah meninggalkan 5 orang anak berusia lingkungan enam hingga 15 tahun. Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Semoga pihak keluarga dapat menerima dugaan ini dengan tenang dan pelaku dihukum dengan setimpalnya.
Berita dan gambar : Muhammad Afiq

#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TW

Comments

Follow Us