BRAD BINDER & MIQUEL OLIVEIRA



Semalam berita terbaru daripada Pasukan KTM yang menamakan Brad Binder dan Miquel Oliveira sebagai pelumba-pelumba mereka bagi tahun 2021 & 2022. Binder sememangnya pelumba KTM manakala Oliveira pula datang daripada Pasukan Tech 3. 

Kedua-dua Binder & Oliveira merupakan pelumba yang datang daripada 'KTM GP Academy' iaitu permulaan mereka adalah di Red Bull Motogp Rookies Cup. Persembahan yang sangat cemerlang daripada mereka menjadi batu lonjakan untuk terus ke dunia motogp dalam kategori moto3.

Pada Tahun 2015, Brad & Oli disatukan dalam pasukan Red Bull KTM Ajo bagi kelas moto3. Ternyata gandingan mereka berdua amat mantap dan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Usaha keras mereka telah berjaya mengangkat Brad Binder sebagai juara dunia Moto3 pada Tahun 2016. Ini amat bermakna bagi KTM dan Brad pula terus menjadi anak emas mereka.

Selepas itu pada Tahun 2017, keduanya diangkat untuk berentap di kelas moto2 dalam pasukan yang sama. Mereka seakan-akan adik beradik yang sukar dipisahkan. Di moto2, podium selalu dijejak oleh mereka bersama sebanyak 6 kali. Dominasi KTM di podium amat sukar digugat. Ini menjadikan mereka terus disayangi KTM.

Kemudian langkah seterusnya ialah di anjang motogp. Oliveira diberi kepercayaan untuk mengemudi jentera KTM terlebih dahulu iaitu bersama Pasukan Tech3. Kemudian drama mengejutkan dunia berlaku di Pasukan KTM apabila Zarco meninggalkan kem mereka pada pertengahan musim. Selepas itu KTM telah membuat keputusan untuk membawa Brad Binder menggantikan tempat Zarco. 

Berpisah keduanya cuma sementara apabila semalam diumumkan bahawa sekali lagi Binder & Oli akan bergandingan di Pasukan KTM. Maka mulai tahun hadapan kita akan dapat saksikan dua pelumba hebat ini berentap mewakili pasukan yang sama dalam mencabar pesaing-pesaing lain yang lebih berpengalaman. Walaupun mereka berasal dari dua megara yang berbeza namun dunia motogp telah menghimpunkan keduanya. 

#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TWmedia
#BB33
#MO88
#ktm
#motogp

Comments

Follow Us