Cal Cruthlow dan LCR Honda



Pengurus Pasukan LCR Honda, Lucio Cecchinello inginkan Cal terus bersama LCR pada tahun hadapan. Cal yang telah bersama Lucio sejak Tahun 2015 sangat serasi dengan kerjasama antara mereka. Lucio sangat berpuas hati dengan cara dan hasil kerja Cal dan menyifatkan Cal seorang pejuang yang sungguh cintakan perlumbaan. Cal dilihat terus bekerja keras walaupun ketika badannya tidak mampu untuk memberi 100% akibat kecederaan.

Lucio akui memang telah ada satu pasukan yang merisik Cal namun beliau tidak ambil peduli perihal tersebut kerana itu di luar bidangnya. Beliau cuma berharap agar Honda dapat terus menawarkan kontrak kepada Cal untuk tahun hadapan.

#luciocecchinello
#CC35
#LCRHonda
#motogp

Comments

Follow Us