- Get link
- X
- Other Apps
Umum ketahui bahawa Pol Espargaro akan berpindah ke Pasukan Repsol Honda pada tahun hadapan walaupun belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada kedua-dua pihak. Maka kekosongan di barisan pelumba utama sebagai pengganti Pol telah dicanang nama Dani Pedrosa.
Perkara ini telah disahkan oleh Leitner yang mana beliau amat berbesar hati sekiranya Dani dapat kembali ke balapan sebagai pelumba sepenuh masa namun buat masa ini ia terserah kepada Dani sendiri. Apa yang Leitner boleh katakan pihak KTM akan menghormati sebarang keputusan Dani nanti. Walau bagaimanapun Leitner secara peribadi berkata ia sesuatu yang amat sukar untuk kembalikan Dani kerana pelumba Sepanyol itu lebih selesa dengan kerjanya sekarang.
Apa yang diperkatakan oleh Leitner nampaknya senada dengan Iker Lecuona. Iker yang banyak berguru dengan Dani memberitahu agak mustahil untuk Dani menjadi antara barisan pelumba utama KTM. Sebelum ini Dani bertegas menolak untuk berlumba walaupun atas tiket wild card. Menurut Iker, Dani hanya akan terima wild card apabila yakin dengan kemampuan jenteranya. Pada tahap sekarang RC16 nampaknya semakin baik dan maju maka berkemungkinan besar pada tahun hadapan Dani akan terima wild card untuk turut berlumba. Apapun buat masa ini untuk mengatakan Dani akan mengambil tempat Pol, Iker menegaskan ia tidak akan berlaku.
#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TW
#DP26
#ktm
#motogp
Comments
Post a Comment