Danilo Petruci dan Ducati



Pelumba Italy, Danilo Petruci akan menanggalkan sepenuhnya suit serba merah Wission Minnow Ducati pada penghujung tahun ini. Maka dengan itu terhentilah kisah antara pelumba Italy ini dengan pasukan Italy. Walau bagaimanapun, ia bukan pengakhiran kepada kariernya.

Danilo memberitahu SkySport bahawa dirinya tetap ingin berada di pentas MotoGP dan bukan kembali ke WSBK. Beliau kini memandang dua pasukan dari Eropah iaitu KTM dan Aprilia. Beliau memberitahu pada tahun-tahun sebelum ini pihak Aprilia ada bertemunya namun oleh kerana dirinya masih diperlukan di garaj Ducati maka urusan tersebut terbantut. Ketika ini beliau mengharapkan agar urusan tersebut dapat diusahakan kembali.

#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TW
#DP9

Comments

Follow Us