- Get link
- X
- Other Apps
Dengan pelancaran rasmi Kawasaki ZX25R ke pasaran Jepun dan asia (setakat ini Indonesia), pengeluar lain juga tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan jentera kategori sub inline-4. Walaupun sebelum ini diwar-warkan oleh Yamaha, Honda dan Suzuki bahawa jentera 250cc inline-4 mereka didalam ujian dan akan dilancarkan tidak lama lagi, namun kali ini Honda mengambil kesempatan untuk terus mengeluarkan jentera inline-4 mereka yang akan dikuasakan dengan enjin 400cc. Untuk rekod, setakat ini Honda memperkenalkan jentera 250cc dan 400cc mereka kedalam pasaran dengan spesifikasi enjin inline-2 sahaja, namun satu ketika dahulu Honda 400cc dikuasakan oleh enjin inline-4 seperti CB400 dan CBR400R. Adakah jentera ini sebagai jawapan Honda kepada pelancaran Kawasaki ZX25R? Ataupun Honda masih akan meneruskan projek 250cc inline-4 mereka kelak?
#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #MMGP #TWmedia #TWcare
#Honda
Comments
Post a Comment