- Get link
- X
- Other Apps
Juara dunia 5 kali, Jorge Lorenzo dipercayai ingin kembali berlumba secara sepenuh masa. Buat masa ini beliau menggalas tugas sebagai penguji kepada jentera Yamaha M1 dan kontraknya itu akan berakhir pada hujung tahun ini. Tambahan lagi, pihak Yamaha belum memutuskan untuk terus menyambung kerjasama dengan Lorenzo pada tahun akan datang.
Menurut Lin Jarvis, keputusan samada menyambung kontrak Lorenzo atau tidak, akan dibuat selepas beberapa sesi ujian mendatang sekiranya berlaku. Dalam keadaan sekarang amat sukar untuk melakukan ujian kerana krew-krew pasukan penguji kebanyakannya dari Jepun dan mereka tidak dibenarkan untuk bergerak keluar dari negara. Ini juga menjadi sebab kenapa Lorenzo tidak akan turut serta di Misano nanti.
Lin Jarvis amat optimis kepada keinginan sebenar Lorenzo adalah untuk kembali berlumba namun Jarvis menegaskan bahawa tiada tempat untuk XFuera seandainya Rossi tidak bersara. Lin Jarvis mengatakan untuk Lorenzo mencapai hasratnya itu, beliau cuma ada dua pilihan ketika ini iaitu ke Pasukan Ducati atau Aprilia.
Adakah benar Lorenzo ingin kembali ke litar secara sepenuh masa?
Kita nantikan episod seterusnya..
#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TWmedia
#JL99
Comments
Post a Comment