Kawasaki ZX25R dipasarkan di Malaysia?



Umum mengetahui KHI Japan (Kawasaki Heavy Industri) telah menambah jumlah saham mereka didalam syarikat Modenas dan mereka tidak lagi pemegang saham yang kecil sekarang. Pada awal tahun 2020, pihak Modenas telah mengesahkan perihal ini dan mengumumkan program pemasangan motorsikal keluaran Kawasaki secara CKD beserta penggunaan komponen-komponen tempatan namun teka-teki model yang akan dipasang oleh Modenas masih belum terjawab walaupun model Ninja 250 dipamerkan ketika itu.

Berbalik kepada model ZX25R yang hangat diperkatakan dan telah dilancarkan secara rasmi di Jepun dan minggu hadapan di Indonesia. Mengikut sumber yang min perolehi, KHI sedang mengkaji untuk menjadikan model ZX25R sebagai model kedua yang bakal dipasang oleh Modenas untuk pasaran Malaysia dan Thailand. Jika ini berlaku, model ZX25R akan menjadi buruan peminat inline-4 berkapasiti rendah, dengan bunyi yang mengiurkan tanpa perlu menukar lesen B2 ke B full. Harga dipasaran Malaysia akan menjadi sedikit rendah kerana ianya pemasangan tempatan dengan komponen-komponen tempatan. Amacam, onxon?

#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #MMGP #TWmedia #TWcare #Modenas #Kawasaki #KHI #ZX25R

Comments

Follow Us