- Get link
- X
- Other Apps
Nampaknya Valentino Rossi betul-betul inginkan rakan-rakan sekerjanya turut sama berpindah ke Pasukan Petronas SRT. Ini bagi menjamin beliau mampu berdaya saing tika perlumbaan berlangsung kelak.
Sebelum ini Dato Razlan telah menyatakan bahawa The Doctor hanya dibenarkan membawa 2 rakannya sahaja ke PSRT dan yang selebihnya ialah petugas-petugas PSRT yang sedia ada. Namun ia tidak terhenti di situ. The living legend menggunakan pengaruh kuatnya di Yamaha untuk campur tangan dalam keputusan yang bakal dibuat oleh PSRT. Sudah tentu ia perkara serius bagi Yamaha kerana Rossi merupakan nyawa mereka.
Lin Jarvis dalam masa terdekat akan menggunakan kekuatan yang ada untuk berbincang dengan Dato Razlan dalam hal ini. Kita sama-sama lihat tidak lama lagi, adakah PSRT akan akur dengan permintaan Rossi atau tetap tegas dengan pendirian yang dinyatakan sebelum ini?
#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TW
#VR46
#PSRT
#yamaha
Comments
Post a Comment