- Get link
- X
- Other Apps
Penyambungan kontrak para pelumba dunia baik di motogp mahupun di wsbk, kini dalam proses pembaharuan. Menjadi kebiasaan penyambungan kontrak baharu meletakkan tempoh 2 tahun dan sebahagian yang lain cuma satu tahun.
Pada norma baharu kini telah berlaku di mana kontrak disambung untuk tempoh 4 tahun iaitu kepada Marc Marquez dengan Repsol Honda di motogp. Kini tiba pula giliran juara dunia WSBK untuk menyambung kerjasamanya dengan Kawasaki untuk tempoh kontrak yang juga akan melebihi dua tahun.
Pengurus pasukan mengesahkan, perkara ini sedang dalam perbincangan antara kedua-dua belah pihak dan akan tercapai kata sepakat tidak lama lagi. Rea yang kini berusia 33 tahun dengan jelas mengatakan ingin menambah koleksi kejuaraan dunia bersama Kawasaki untuk tiga kali lagi menjadikannya sebanyak 8 kali secara keseluruhan.
#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TW
#JR1
#wsbk
Comments
Post a Comment