Lorenzo Tak Sabar Untuk Kembali Beraksi



"Tentu saja ini merupakan situasi yang tidak diduga oleh semua orang dan pandemik ini mungkin akan memakan masa sepanjang tahun ini. Dorna pun telah memutuskan untuk meniadakan wild card untuk tahun ini. Dari satu sudut saya kecewa kerana saya ingin turut serta berlumba namun di sudut lain dengan tidak begitu banyak ujian saya tidak fikir saya mampu tampil kompetetif. Saya ingin melakukannya dengan cara yang betul iaitu menguji dan kemudian berlumba.

Pada tika ini saya tidak pasti bila ujian berikutnya akan dilakukan. Yamaha kini sedang mencari litar. Kelmarin saya melihat KTM melakukan ujian tertutup di Spielberg maka semoga secepatnya kita boleh kembali melakukan ujian, mungkin di Motegi atau litar lain. Saya harap dapat turun lagi." - Jorge Lorenzo

#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TW
 #JL99
#yamaha
#motogp

Comments

Follow Us