Marq Marquez



Juara motogp termuda dan juara dunia 8 kali, Marc Marquez menjadi pelumba terhebat di masa ini. Jolokan dirinya dengan 'juara' amat sinonim sehinggakan terbit satu ungkapan "untuk menjadi juara harus mampu mengalahkan Marc". Rata-rata pelumba bekerja keras bagi memastikan diri masing-masing siap bertempur dengan Marc di barisan hadapan pada setiap perlumbaan. Rekod pencapaiannya menunjukkan bahawa tiada satu litar pun yang mampu melemahkan persembahan sang juara ini.

Pada musim lalu, Marc telah menjejaki podium hampir keseluruhan litar di setiap penjuru dunia. Pencapaiannya amat dikagumi oleh setiap pasukan termasuklah Ducati. Pasukan dari Italy itu setakat ini belum mampu menyekat kejuaraan Marc apabila pelumba mereka, Andrea Dovizioso sekadar mendapat tempat kedua keseluruhan bagi tiga tahun berturut-turut. Ini membuatkan pihak Ducati membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat Marc supaya mereka berjaya merangkul gelar juara dunia namun ia terhenti di tengah jalan kerana Repsol Honda terus mengikat The Baby Alien selama 4 tahun.

Dikhabarkan, Marc Marquez telah ditawarkan bayaran yang sangat tinggi yang mana belum pernah diperoleh oleh mana-mana pelumba dalam sejarah motogp. Dimaklumkan Marc Marquez dibayar kira-kira €20,000,000 iaitu bersamaan dengan RM97 juta setahun. Beliau juga akan diberi bonus jika berjaya memenangi perlumbaan dan sekiranya beliau berjaya merangkul gelaran juara dunia lagi, maka tambahan €1 juta akan diberikan. Ia boleh dianggap sebagai kenaikan gaji. Ini juga menjadikan Marc Marquez sebagai pelumba motosikal yang terkaya di dunia. 

#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TWmedia
#MM93
#repsolhonda
#motogp

Comments

Follow Us