- Get link
- X
- Other Apps
Pada 2 hari lepas, telah tersebar berita berkenaan Pol Espargaro akan berada di garaj Repsol Honda pada tahun depan menggantikan Alex Marquez. Kemudian para wartawan terus mencari berita berkenaan hala tuju Alex dan dipercayai akan ke Pasukan LCR Honda menggantikan Cal Crutchlow. Selepas itu hala tuju Cal pula dicungkil dan digali.
Semalam Cal berjaya dihubungi dan disoal berkenaan masa depannya. Sejujurnya beliau sedar yang tempatnya sekarang akan diambil oleh Alex. Percaturan ini bukan baru berlaku pada minggu ini memandangkan perbincangan tentang hal tersebut telah berlaku sejak sebelumnya lagi.
Diimbas kembali kenyataan Cal pada tahun lepas, beliau mengatakan kemungkinan besar akan bersara tetapi baru-baru ini beliau kembali menyatakan hasratnya untuk terus berlumba memandangkan tahun ini perlumbaan tidak berlangsung seperti biasa. Beliau ingin menamatkan kariernya dalam keadaan terancang dan sempurna. Ini menunjukkan keinginan beliau yang kuat untuk terus berada di lapangan MotoGP.
Sejurus itu beliau akui bahawa pihaknya didatangi oleh satu pasukan yang agak baru di MotoGP. Beliau tidak memaklumkan pasukan tersebut kepada wartawan namun daripada pembayang yang diberikan maka boleh disimpulkan bahawa pasukan tersebut mungkin KTM atau Aprilia. Jika segalanya berlangsung seperti yang dirancang maka tidak lama lagi kita akan ketahui di manakah tempat beliau seterusnya.
#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TW
#CC35
Comments
Post a Comment