Masa hadapan perlumbaan motorsikal



Pernah dengar AI? Artificial Intelligence? Ala, benda yang di momok-momok oleh pembuat filem di Hollywood, macam dalam cerita Terminator. Bagaimana jika ianya digabungkan kedalam perlumbaan motorsikal?

Sebenarnya teknologi AI sudah makin menghampiri perlumbaan motorsikal, terutama MotoGP. Pasukan yang sering memperkenalkan inovatif dan teknologi baru didalam MotoGP, Ducati akan mula memperkenalkan teknologi AI yang akan diintegrasi didalam jentera lumba mereka seawal musim 2022 dengan ujian-ujian prototaip bermula tahun hadapan. Apa yang akan diperkenalkan? Sehingga kini pihak Ducati masih merahsiakan setakat mana teknologi AI akan digunapakai keatas jentera mereka, namun ianya akan menjadi 'game changer' didalam kejohanan MotoGP pada masa hadapan.

#TW #TwoWheels #TWMGP #MGPM #MGPFCM #TWmedia #TWcare #MotoGP #Ducati #ArtificialIntelligence #FutureRacing

Comments

Follow Us