Media Session bersama KIP89



Pada tanggal 3 Julai nanti, pelumba moto3 negara, Khairul Idham Pawi, akan berangkat ke Jerez bagi perlumbaan kedua buat tahun ini. Dalam situasi pandemik covid19 yang melanda dunia sekarang ini, perjalanan ke luar negara agak terbatas. Kementerian Belia Dan Sukan telah berjaya membantu bagi melancarkan proses keluar negara.

KIP pada tahun lalu mengemudi jentera moto2 namun pada tahun ini beliau kembali beraksi di kelas moto3 dalam pasukan PSRT. Mengemudi jentera berkapasiti lebih kecil bukan bermakna lebih mudah kerana saingannya amat sengit. Untuk tahun ini, KIP meletakkan sasaran untuk berjaya mengutip mata bagi setiap perlumbaan. Beliau berkata antara perkara utama yang harus diperbaiki dan ditambah baik ialah cara tunggangannya. Pada perlumbaan pertama di Qatar lepas, beliau menyatakan keadaannya tidak begitu laju ketika di selekoh dan ini membuatkan dirinya tercicir ke belakang. Beliau akan perbaiki kelemahan ini agar catatan masa yang lebih baik berjaya dicapai. Beliau juga berharap saat-saat manis menjejakkan kaki di podium pada Tahun 2016 dapat diulangi lagi.

Dalam keadaan tempoh kawalan pergerakan ini, beliau banyak melakukan latihan seperti kayuhan di rumah dan juga mengangkat berat. Setelah kerajaan membenarkan aktiviti-aktiviti luar rumah dijalankan maka beliau menggunakan peluang ini untuk berbasikal dan juga berlatih di Litar Sepang bersama-sama pelumba-pelumba SIC yang lain.

Selepas selesai perlumbaan nanti, KIP berpendapat adalah lebih baik untuk terus berada di sana sehingga ke akhir perlumbaan. Ini bagi mengelakkan masalah perjalanan merentas negara dan ia bagus untuk terus fokus kepada latihan. Dengan jarak antara perlumbaan yang agak dekat maka masa untuk menjalani latihan akan menjadi padat. 

Mengulas mengenai jarinya yang cedera, beliau berkata kesembuhan sepenuhnya belum dicapai dan jari itu tidak akan dapat dibengkokkan lagi seperti sedia kala. Beliau pada mulanya berasa agak terganggu kepada keadaan tersebut namun lama kelamaan ia menjadi perkara biasa.

Kami berharap agar semua rakyat Malaysia sama-sama menyokong dan memberi semangat kepada KIP bagi mengharungi saingan pada tahun ini. Sasaran yang diletakkan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Doakan kebaikan untuk semua.

#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TWmedia
#kip89
#moto3
#psrt
#motogp

Comments

Follow Us