- Get link
- X
- Other Apps
Impian untuk berlumba di persada dunia, menjadi cita-cita ramai di dunia yang mencintai sukan bermotor. Akan tetapi, bagaimana? Adakah wang menjadi ‘kabel’? Sudah pastinya tanpa sebarang usaha, pasti mimpi takkan jadi kenyataan.
Umur, faktor utama dalam perjalanan untuk berlumba secara professional. Anda perlulah mula berlatih dari umur seawal yang mungkin. Kini, ramai ibubapa yang telah mula menghantar anak-anak mereka berlatih dalam sukan permotoran seawal 7 tahun. Tapi, ianyanya bukan sahaja berdasarkan latihan, bakat juga menjadi peranan penting.
Dalam setiap pertandingan yang diadakan, sejauh mana pencapaian kita, pasti akan diintai oleh seseorang. Orang yang bertanggungjawab mencungkil bakat dan kebolehan pelumba. Sekiranya peluang itu tiba, maka peluang anda untuk pergi lebih jauh semakin cerah.
Titik tolak permulaan.
Berlumba dari usia muda, mampu menjadi satu lesen tidak rasmi dalam perjalanan anda ke persada dunia. Setiap pertandingan yang diikuti, setiap kemenangan yang dicapai, pastinya akan menjadi rekod peribadi serta bualan ramai.
Akan tiba suatu masa dimana pihak penaja akan mendekati anda, peluang anda menjadi lebih baik. Mempunyai kewangan yang kukuh, memiliki pasukan lumba sendiri, lesen perlumbaan yang lengkap dan rekod persembahan yang baik, menjadikannya suatu perjalanan yang memudahkan anda untuk terus pergi lebih jauh.
Walaupun ianya bermula dari hobi, salah satu cara lain adalah mengikuti sekolah perlumbaan. Terdapat banyak ‘riding school’ yang berdaftar dengan badan berwajib antarabangsa di serata dunia. Melalui sekolah perlumbaan juga, peluang anda berlumba secara professional menjadi lebih mudah. Ini kerana, mereka mempunyai pertandingan sendiri mengikut kategori umur masing-masing.
Sepanjang perjalanan anda, tiada perkataan ‘tidak’ dalam kamus perlumbaan. Umum ketahui, kos untuk berlumba adalah tinggi. Dari penyediaan motosikal, alatganti malah pakaian keselamatan diri. Anda bebas menggunakan sebarang kelengkapan dari setiap aspek walaupun peralatan tersebut adalah alatan terpakai “used / secondhand”.
Setiap kemenangan dan kekalahan pastinya akan melibatkan emosi. Emosi juga menjadi faktor yang penting. Kebolehupayaan kita mengawal emosi sangat memberi kesan kepada perjalanan sebagai seorang pelumba.
Impian yang realistik, menjamin perjalanan anda. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Jika tidak, ia hanya akan mendatangkan kerugian kepada anda dalam segala aspek termasuklah kewangan.
Perjalanan ke pertandingan utama.
Tiba masanya bila anda sudah cukup bersedia, bersedia dari semua aspek, mulakan langkah anda dengan perlumbaan di peringkat antarabangsa. Tak perlu lihat lebih jauh, ARRC ada, malah sekiranya lebih berkeyakinan, FIM CEV Repsol boleh menjadi batu lonjakan buat anda. Seawal umur 12 tahun, CEV menyediakan platform untuk anda bermula secara professional. Acara seperti “European Talent Cup”, “Honda Talent Cup” atau “Kawasaki Z Cup” yang tidak melibatkan kos terlalu tinggi ini juga menjadi pentas menunjukkan bakat sebenar. Di acara-acara ini lah, banyak “Scouter” dari pasukan ternama akan mengintai kebolehan pelumba. Boleh dikatakan, lebih dari 70% pelumba yang ke perlumbaan berprestij seperti MotoGP lahir dari sini.
Dari situ jugalah, boleh menjadi titik mula anda berkecimpung dalam perlumbaan MotoGP di kategori Moto3 atau Moto2. Sekiranya prestasi anda sebagai “Wildcard Rider” sangat cemerlang, anda pastikan akan “dihidu” pasukan-pasukan yang hebat. Prestasi yang baik untuk beberapa tahun juga akan melayakkan diri anda pergi lebih jauh. Di sini, segala aspek akan dilihat baik dari segi persembahan berlumba, kebolehan berkomunikasi dengan penonton, rating anda sebagai pelumba malah peribadi anda juga akan diteliti.
Sekiranya anda seorang yang berpakej lengkap, maka anda bakal melihat diri anda berada di persada antarabangsa iaitu MotoGP. Ketika ini, kekayaan anda dari segi kewangan sendiri tidak dipandang kerana prestasi cemerlang dan nasib yang baik akan membantu anda kekal di pasukan lumba MotoGP.
Easy come, easy go.
Work hard pays.
#TW #TwoWheels #MotoGP #MMGP #TalentCup #CEV #FIM #Rookie #roadtoMotoGP
Comments
Post a Comment