Menunggang jentera Moto2 di litar

Pernahkah anda membayangkan diri anda memacu jentera prototaip di litar sebenar? Pernah hadir dalam mimpi turut serta dalam perlumbaan moto2? Adakah anda berhasrat untuk jadikan impian dan mimpi anda tersebut menjadi realiti? Peluang kini tiba...

Red Bull Ring akan membuka satu sesi trackday pada musim panas ini yang mana memberikan pengikut-pengikut program merasai jentera sebenar yang digunakan dalam saingan moto2. Anda berpeluang untuk merasakan diri anda sebagai pelumba dunia yang sebenar dengan memacu jentera-jentera yang disediakan ke tahap kemampuan anda yang maksimum. Sebanyak 5 buah jentera yang akan disediakan pada hari tersebut. 

Pakej trackday ini termasuk dengan sesi penerangan dan latihan yang akan dikendalikan oleh krew-krew KTM berkemahiran tinggi di litar. Keseluruhan pakej ini akan dikenakan bayaran serendah €600 iaitu bersamaan RM2,870. 

Bila lagi mahu merasakan horse power jentera moto2 jika bukan sekarang. Pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan dan terabadi buat selama-lamanya.

#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TW
#ktm
#moto2

Comments

Follow Us