MotoGP : The Game Changer




Percaturan berubah, itu yang boleh kita gambarkan terhadap situasi sekarang yang berlaku di arena MotoGP. Dominasi Marc Marquez di kelas utama itu sejak pertama kali hadir sebagai rookie nampaknya amat sukar dipecahkan. Rata-rata berpandangan, untuk memenangi gelaran juara dunia mestilah mampu mengalahkan Marc Marquez. Ia seolah-olah penanda aras bagi perebutan gelaran tersebut.

Jika dahulunya, pesaing Marc tertumpu kepada pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman iaitu Rossi, Lorenzo dan Dovizioso. Namun setelah hadirnya Fabio Quartararo, corak percaturan setiap pasukan mula berubah. Rata-rata merasakan sekarang perlunya darah muda yang mana lebih agresif dan dahagakan kemenangan untuk menyekat kemaraan si Baby Alien. Pada perebutan takhta akan datang, perseteruan dijangka lebih hangat yang mana akan memaksa Marc dan Repsol Honda untuk bekerja lebih keras. 

The game changes? Sama- sama kita nantikan.

#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TW
#motogp

Comments

Follow Us