MotoGP – Gloves @ SarungTangan






Antara aksesori yang utama dalam sesebuah perlumbaan adalah kelengkapan keselamatan. Samada ianya sebuah mesin elektronik mahupun pakaian. Harini kita akan berkongsikan dengan pembaca tentang aksesori keselamatan penunggang iaitu sarung tangan.

Dalam perlumbaan MotoGP, kesemua pakaian keselamatan dan perlindungan dibuat khas untuk para pelumba. Orang kata dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Sarung tangan, dibuat mengikut saiz asal tangan para pelumba. Ini bagi memastikan keselesaan dan keselamatan berada ditahap optimum. Antara pelumba yang diberikan kelebihan ini adalah Valentino Rossi, Marc Marquez, Jorge Lorenzo dan mendiang Nicky Haiden serta SImoncelli.

Berbeza dari pelumba zaman dahulu dengan sekarang, banyak penambahbaikan telah berlaku. Dari hanya semata-semata sepasang sarung tangan, ke sarung tangan kulit sepenuhnya sehinggalah ke sarung tangan berteknologi tinggi seperti zaman kini.

Pengeluar aksesori seperti AlpineStar, RevIt dan Dainese, mereke membina khas sarung tangan bagi pelumba tajaan mereka. Dari model tersebut, maka terhasillah sarung tangan penunggang untuk pasaran antarabangsa pula. Contohnya Alpinestar GP Pro dan Supertech, Dainese Steel Pro dan RevIt Spitfire.

Antara ciri keselamatan yang WAJIB ada ialah:
1) Buatan kulit lembu sepenuhnya.
2) Pad perlindungan binaan PU tahan lasak dan juga Kevlar
3) Sarung tangan yang lebih panjang untuk menjaga keselamatan pergelangan tangan.
4) “Knuckes” yang lebih tahan lasak dan mempunyai rongga udara.
5) Strap tali yg lebih lembut dan kuat untuk keselesaan pelumba.

Jika anda perasan, pada sarung tangan perlumbaan, sarung jari kelingking bercantum dengan sarung jari manis. Iya kan? Ini bukan suka-suka ya geng. Tapi ia dihasilkan diatas saranan para pelumba sendiri kerana apabila mereka mengalami kemalangan, acapkali kecederaan teruk berlaku pada jari kelingking. Ia juga bertindak sebagai medium untuk mengawal pergerakan jari sebab dalam perlumbaan MotoGP, setiap pergerakan akan memberi impak kepada prestasi.

Bagi pembaca yang sudah biasa menunggang samada di jalanan mahupun di trek, sudah pastinya kenal akan pelbagai jenama sarung tangan dan jenis-jenis sarung tangan yang sesuai bagi setiap tunggangan. Pastinya akan ada jenama pilihan istimewa kalian sendiri. Jom! Kongsikan pengalaman anda tentang jenama atau sarung tangan milik anda..!!

Terima kasih dan nantikan artikel seterusnya berkenaan helmet dan kasut pula ya!

Keep on sharing guys!!

#TW #TwoWheels #TWMotoGp #TWGPinfo #TWCare #TWlearning

Comments

Follow Us