MotoGP – Racing Boots / But Lumba











Sudah pastinya ada diantara kita yang betul-betul memerhatikan apa yang pelumba kesayangan mereka pakai sewaktu perlumbaan. Betul kan? Hari ini kita akan berkongsi dengan peminat, jenis dan jenama but lumba yang digunakan secara total dalam perlumbaan MotoGP.

Setiap pelumba memiliki but mereka tersendiri. Kesemuanya diukur secara tepat untuk menghasilkan perlindungan yang terbaik pada setiap pelumba. Terdapat 2 but yang sentiasa digunakan. Alpinestar Supertech-R dan Dainese Axial D1. Kedua-dua but ini mempunyai konsep dan sistem yang berbeza. satu daripadanya agak moden dan satu lagi daripadanya mengekalkan konsep klasik.

Alpinestar Supertech-R

Digunakan oleh Juara Dunia MotoGP, Marc Marquez dan WSBK, Jonathan Rea, serta Johann Zarco, Andrea Dovizioso dan beberapa pelumba lain.

- Diperbuat dari Mikrofiber berterknologi tinggi dan ukuran tepat bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pelumba.
- Bahagian depan yang sangat fleksible diperbuat dari TPU diatas fabric mesh berongga dan sistem kunci-mikro boleh laras untuk keselamatan optimum dan keselesaan maksimum.
- Di tumit pula, plet besi diganti untuk menyerap hentakan. Zip but dengan Velcro bolehlaras dan elastic menambahkan lagi keselesaan ketika pemakaian dan memastikan but sentiasa kemas dan padat dipakai.
- Bagi ‘slider’ pula, kesemuanya boleh ditukarganti sekiranya berlaku kerosakan.

Setiap but lumba ini dilengkapi dengan “bio-mechanical inner boots” yang bermaksud memberikan keselamatan berganda dengan memiliki satu lagi but didalam but luar yang penuh dengan ciri keselamatan.

Ianya didatangi dengan pelbagai jenis warna di pasaran jualan dan juga beberapa edisi terhad lagenda permotoran dunia seperti Randy Mamola dan Kenny Roberts.

Dainese Axial D1 Boots

Juara Dunia MotoGP dan juga pelumba tajaan penuh Dainese, Valentino Rossi, menggunakan but ini sepanjang karier beliau. Antara pelumba lain yang menggunakan but jenis ini ialah Pol Espargaro, Jack Miller, Morbidelli dan pelumba WSBK Tom Sykes serta beberapa pelumba lain.

- Bahan utama pembikinan but lumba terunggul dalam Dainese ialah fabric D-Stone, yang mana bahagian atas ialah microfiber dan dilapik kulit lembu.
- Bahagian luar,dilengkapi oleh struktur aramid dan karbon fiber untuk menyeraphentak dan melindungi kaki pelumba. Dipanggil Sistem D-Axial.
- Zip belakang dan sistem ikatan pantas membantu keselesaan pelumba dan memudahkan carapakai para pelumba. Dilengkapi juga dengan ‘slider’ magnesium untuk perlindungan optimum.

Berbeza dengan Alpinestar Supertech-R, but Dainese Axial-D1 adalah but-pakaidalam yang bermaksud but lumba ini dipakai di dalam sut lumba penunggang. Ini bertujuan memberikan lebih keselesaan kepada para pelumba serta aspek aerodinamik yang tinggi.

Kedua-dua but ini memiliki kelebihan masing-masing. Sudah pastinya ia juga diminati setiap peminat dan pelumba dengan cara yang berbeza. Ada mungkin dikalangan anda yang mementingkan gaya atau mungkin juga ada yang lebih mementingkan keselesaan. 

Kedua-dua but ini boleh dimiliki bermula dari harga RM1,800.00 hingga ke RM4,000.00 sepasang bergantung kepada jenis dan edisi. Yang penting, tanya poket tu sebelum membeli!

Jom kongsikan but anda dan pengalaman anda..!! Share la sikit gaisss..

#TW #TwoWheels #TWMotoGP #TWApparel #TWinfo #TWlearning #TWracingboots #TWCare

Comments

Follow Us