MotoGP Trivia : Cal Crutchlow







Tahukah anda, Cal Crutchlow merupakan satu-satunya pelumba ketika ini yang pernah berada di pasukan utama kemudian berpindah ke pasukan satelit. 

Pada Tahun 2014, Cal menyertai Pasukan Ducati selepas 3 tahun bersama jentera Yamaha. Seperti yang diperkatakan, setiap pelumba akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri bersama jentera Ducati jika datang dari Yamaha. Ternyata ia bukan satu masalah yang besar buat Cal kerana beliau mampu merangkul satu podium di tempat ketiga pada tahun itu. Untuk kedudukan keseluruhan pula beliau menduduki tempat ke 13 dengan pungutan mata sebanyak 74. 

Kerjasama antara pelumba UK ini dengan Ducati tidak lama iaitu cuma satu tahun. Setelah itu beliau berpindah ke Pasukan LCR Honda iaitu satu pasukan satelit dan beliau kekal sehingga ke hari ini.

#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TWmedia
#CC35
#ducati

Comments

Follow Us