- Get link
- X
- Other Apps
Berita baik buat bakal pemilik kenderaan. Ketika mengumumkan pelan jangka pendek untuk memulihkan ekonomi negara yang terjejas akibat wabak COVID-19 sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan pelarasan cukai jualan untuk kenderaan di Malaysia iaitu bagi model CKD, dikecualikan 100% cukai jualan, manakala model-model CBU pula ditolak sebanyak 50% bermula 15 Jun sehingga penghujung Disember 2020.
Dengan pelarasan cukai jualan ini, harga kereta akan murah sedikit apabila cukai jualan 10% yang dikenakan pada model kereta yang dipasang tempatan (CKD) ditolak sepenuhnya, manakala model-model import sepenuhnya (CBU) pula, cukai jualan akan berkurang sebanyak separuh dari asal.
Min rasa tindakan kerajaan adalah untuk merancakkan semula industri automotif dan ekonomi tempatan. Bagaimana dengan motorsikal? Min tidak pasti samada pelarasan cukai ini merangkumi jentera dua roda atau tidak. Apa pendapat anda dengan pelarasan cukai jualan ini?
#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TW
Comments
Post a Comment