- Get link
- X
- Other Apps
Berita baik buat pelumba-pelumba negara. Umum ketahui bahawa pada 19 Julai ini perlumbaan MotoGP akan kembali dan ia bertempat di Litar Jerez. Oleh kerana keadaan sekarang masih dalam bahaya dek kerana pandemik covid 19 yang melanda seluruh dunia maka semua pihak dalam keadaan berjaga-jaga.
Penangan wabak ini membuatkan banyak negara yang melakukan sekatan perjalanan di mana larangan keluar dan masuk ke satu-satu negara masih berjalan. Tidak terlepas negara kita Malaysia dan juga Sepanyol serta seluruh Eropah. Bagi memastikan perjalanan pelumba-pelumba negara bergerak dengan lancar, pihak KBS akan membantu sebaik mungkin dan sedaya boleh. Syabas diucapkan kepada pihak kementerian yang melakukan tugas dengan baik dalam hal ini. Dengan itu hasrat kita untuk melihat anak-anak Malaysia beraksi di Jerez nanti akan tertunai.
#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TW
#kbs
#HS55
#KD99
#KIP89
Comments
Post a Comment