Penyerahan Superlegerra V4 no siri 001





Sebelum ini min pernah berkongsi tentang sebanyak 500 unit Ducati Panigale Superleggera V4 sudah siap dikilangkan. Kali ini Ducati Panigale Superleggera V4 bernombor siri 001 selesai diserahkan kepada pelanggan pertama. 

Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali telah menyerahkan Superleggera V4 dengan nombor siri keluaran 001 kepada pelanggan pertamanya, Filip Van Schil. Penyerahan jentera ini amatlah istimewa kerana Van Schil menerima jenteranya itu di Kilang Ducati di Borgo Panigale. Ducati turut membawa Van Schil melawat kilang pembuatan Superleggera V4 di Borgo Panigale sebelum dibawa melihat muzium Ducati, Centro Stile Ducati dan Racing Department.

Van Schil bukannya org biasher2 kerana beliau sendiri sudah memiliki 9 buah jentera Ducati. Menerusi pembelian Superleggera V4, Van Schil juga berpeluang untuk menguji Panigale V4 R yang bertanding di WorldSBK di litar Mugello. 

Giliran Korang yang ke berapa?

Sumber : Motomalaya

#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TWmedia #TWcare #Dorna #MotoGP #ducati #superleggera #v4 #ducatisuperleggerav4

Comments

Follow Us