Perjumpaan Menteri Belia dan Sukan dengan Sepang International Circuit (SIC) dan Persatuan Motorsports Malaysia (MAM)







Perjumpaan Menteri Belia dan Sukan dengan Sepang International Circuit (SIC) dan Persatuan Motorsports Malaysia (MAM) pagi semalam untuk membincangkan situasi semasa dan perkembangan industri permotoran.

Pihak SIC dan MAM menerima baik keputusan Kerajaan untuk pembukaan sektor sukan dan rekreasi fasa 2 yang turut memberi kelonggaran kepada industri permotoran untuk menjalankan sesi latihan dan pengujian kenderaan termasuk aktiviti ‘track day’. 

Mereka juga memahami walaupun tiada kejohanan dan acara sukan dibenarkan buat masa ini, namun, KBS sentiasa komited dan terbuka kepada perbincangan dan perancangan bersama persatuan sukan kebangsaan termasuk MAM dalam hasrat ingin melihat sektor sukan dapat kembali normal secara beransur-ansur (gradual) berdasarkan kepada keadaan dan perkembangan semasa dalam tempoh fasa PKPP yang baru bermula.
Sumber : Sepang International Circuit

#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TWmedia #SIC #KBS #MAM

Comments

Follow Us