- Get link
- X
- Other Apps
Berita berkenaan perlumbaan MotoGP akan bermula pada Julai ini pasti menggembirakan ramai pihak terutama para peminat di seluruh dunia. Walaupun akan diadakan secara tertutup namun untuk keadaan sekarang ia dikira boleh diterima asalkan perlumbaan diadakan kembali. Sudah tentu bila dilangsungkan secara tertutup maka terlalu banyak perkara yang harus dijaga dan diambil kira memandangkan individu-individu yang terlibat terutama krew-krew pasukan mencakupi rakyat berbilang negara.
Lin Jarvis kini dalam keadaan sedikit gusar memandangkan kebanyakan jurutera pasukan Yamaha terdiri daripada rakyat Jepun. Dalam keadaan covid19 ini, Jepun masih menjalani proses berkawal bagi mengekang wabak itu daripada terus menular di negaranya. Maka setiap individu tidak dibenarkan untuk keluar dan masuk ke Jepun buat masa ini.
Proses memujuk kerajaan Jepun akan diadakan dan dengan penuh harapan ia akan berlangsung dengan baik. Tetapi menurut Lin Jarvis ia tidak terhenti di situ. Jika para juruteranya mendapat kebenaran nanti, ini bermakna mereka harus tinggal di luar Jepun, iaitu Eropah, dalam masa yang agak lama. Masalah seterusnya pula adalah untuk berada di Eropah, dinyatakan secara jelas tidak boleh melebihi 90 hari. Justeru itu permasalahan penempatan jurutera-jurutera ini agak rumit untuk diselesaikan.
#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TW
#LinJarvis
#motogp
Comments
Post a Comment