Valentino Rossi dan PYSRT


Perbincangan rossi dengan Petronas Yamaha SRT mengambil masa yang agak lama bukan kerana Gaji atau Pakej jentera, ia adalah disebabkan krew yang ingin dibawa beliau ke dalam pasukan PYSRT. Kita sedia maklum Petronas Yamaha SRT hanya membenarkan rossi membawa 2-3 krew sahaja dari YAMAHA ke dalam pasukan.

Untuk rekod, sebelum ini semasa beliau berpindah ke Ducati pada tahun 2011-2012, beliau telah membawa semua krewnya ke pasukan tersebut.

Mengenai gaji dan pakej jentera, ianya tidak merunsingkan Valentino Rossi kerana gaji beliau akan dibayar oleh Yamaha dan spesifikasi jentera musim hadapan adalah sama dengan pasukan kilang. Disamping itu beliau juga ingin mengambil pendekatan untuk berlumba pada musim hadapan jika beliau masih boleh bersaing dengan pelumba lain didalam grid MotoGP.

#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TW #VR46 #Yamaha #PYSRT

Comments

Follow Us