Skala 1:1 Lego Ducati Panigale V4R LEGO Technic Dilancarkan






Sebelum ini Ducati Pernah mengeluarkan Lego pertamanya tetapi berskala kecil, kali ini Ducati bekerjasama lagi dengan LEGO mengeluarkan model skala penuh model Panigale V4R. Ini adalah Lego superbike ukuran sebenar yang diperbuat daripada camtuman LEGO - LEGO yang dicipta oleh Riccardo Zangelmi. 

Ducati Panigale V4R Lego Technic memerlukan masa selama 400 jam untuk menyiapkan keseluruhan jentera dan semua dibuat dengan hasil tangan daripada 15,000 unit Lego Technic. 

Ia dilancarkan hari ini di trek Modena, Itali bersama pelumba Pasukan MotoGP Ducati iaitu Andrea Dovizioso, Paolo Lazzarin (Pengurus Besar LEGO Italia) dan Claudio Domenicali (Ketua Pegawai Eksekutif Ducati).

#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TWmedia #TWcare #Ducati #lego #motogp #v4r #panigale #panigalev4r

Comments

Follow Us