SOP Kesihatan Kejohanan MotoGP Ketika Covid-19



Motogp kali ini akan dilangsungkan dalam keadaan sangat berjaga-jaga dan penuh kawalan ketat dalam sudut terutamanya kesihatan memandangkan corona virus merupakan musuh yang tidak kelihatan. Dr Angel Charte sudah tentu akan menjadi insan yang sangat sibuk sepanjang tahun ini kerana memikul tanggungjawab yang besar dalam memastikan SOP yang ditetapkan berjalan lancar.

Menurut Dr Angel, motogp telah mewujudkan satu apps khas yang akan mengawal pergerakan dan keadaan kesihatan setiap individu yang terlibat dalam perlumbaan. Diwajibkan pada jam 7 pagi setiap hari, pengurus bagi semua pasukan dan bahagian, menghantar laporan kesihatan setiap orang di bawah jagaan kepadanya sebelum beliau meluluskan untuk aktiviti pada hari berkenaan dapat dimulakan. Jika terdapat seseorang yang difikirkan tidak berada pada tahap kesihatan yang sepatutnya maka secara terus individu tersebut akan dibawa ke bilik kuarantin khas untuk diberi rawatan. Menurutnya, perlumbaan tetap akan berlangsung walaupun jika nanti disahkan terdapat beberapa pekerja di sana positif covid19. 

Tambahan lagi, pihak MotoGP juga telah membuat perjanjian khas dengan semua hospital yang berdekatan dengan litar-litar yang terlibat untuk memberi rawatan yang cepat kepada mana-mana individu yang didapati positif covid19. Ini bagi memastikan individu terbabit dapat kembali ke motogp dalam kadar masa segera.

#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TW
#drangelcharte
#motogp

Comments

Follow Us