Wawancara bersama MotoMatSalleh










Salam warga permotoran Malaysia. Apabila anda melayari video-video review motorsikal tempatan di YouTube, pasti anda akan terserempak dengan seorang Mat Salleh yang fasih berbahasa melayu. Semalam, Two Wheels Media sempat berbual panjang dengan beliau melalui Video Conference aplikasi whatsapp. Kami sempat berkongsi pengalaman masing-masing dalam dunia permotoran. Adam adalah seorang peminat motosikal sejak dari kecil, tetapi yang uniknya beliau tiada sebarang model spesifik yang diminati, bak kata orang putih "All Rounder" gitu. Beliau gemar untuk memiliki kesemua model motorsikal untuk pelbagai tujuan tunggangan dari touring, supersport, off road dan lain-lain lagi namun untuk memiliki semua model sekaligus adalah agak mustahil.

Dilahirkan di Alabama, Amerika Syarikat, Adam atau lebih senang dikenali dengan nama YouTuber MotoMatsalleh kini menetap bersama isteri beliau di Pulau Pinang. Berkongsi pengalaman beliau yang pertama kali menjejak kaki ke Malaysia 5 tahun lepas, beliau tertarik untuk mempelajari budaya dan bahasa Melayu agar beliau senang berkomunikasi dengan pelajarnya ketika itu. Kata beliau “masuk kendang kambing mengembek, masuk kendang harimau mengaum”. Kami amat kagum apabila beliau, seorang Mat Salleh tahu peribahasa lama Melayu ini. 

Lima tahun lepas, beliau memulakan kerjaya di Malaysia sebagai seorang jurulatih sukan di sebuah institusi pengajian di sini dan dari situlah beliau mula mempelajari Bahasa Melayu. Beliau kini menyambung pengajian PHD secara sepenuh masa di USM dalam pengajian antarabangsa.

Pada mulanya beliau ingin mencuba untuk membuat ‘review’ berkenaan dengan motosikal apabila menonton satu rancangan ‘review’ didalam platform youtube dan dari itu beliau mula mendekati beberapa pegawai pemasaran dari pelbagai jenama motosikal.
Beliau bermula dengan motosikal berkuasa rendah kerana mendapati jenis tersebut lebih mudah untuk dimiliki di Malaysia dengan harga yang berpatutan dan rekabentuk yang menarik.
Antara motosikal yang pernah dicuba beliau ialah CFMoto, Honda dan beberapa jenama lain. Beliau juga berpendapat bahawa, produk tempatan yakni Modenas, mampu berdaya saing dan mampu mendapat tempat di persada antarabangsa setaraf dengan model lain. Modenas juga kini berjaya menghasilkan motosikal yang berkualiti dan murah pada masa kini kata beliau.
Sejujuranya beliau kagum dengan budaya permotoran di Malaysia. Tiada kasta, tiada "favouritism" dan mudah untuk bergaul. Dia terkejut bila melihat, moped mampu berkonvoi Bersama-sama dengan model motorsikal yang berkuasa lebih tinggi. Adam juga menyatakan bahawa, budaya rempit di Malaysia ni masih mampu dikawal. Kerana tidak melibatkan sebarang aktiviti jenayah dan ianya cuma "perangai" individu itu sendiri. Beliau berpendapat dunia sukan permotoran di Malaysia lebih terbuka antara dua roda dan empat roda, berbeza dengan permotoran di Amerika Syarikat yang lebih terkenal dengan perlumbaan empat roda seperti Nascar.

Adam juga merasa bahawa rakyat Malaysia sangat beruntung kerana mampu "merasai" hampir kesemua model motorsikal yang berada di pasaran dunia. Tidak seperti di Amerika Syarikat, model motorsikal agak terhad dan hamper tiada model dari pengeluar China, cuma beliau agak kagum dan terkejut dengan harga motosikal di Malaysia dan orangnya pula mampu untuk membelinya (mahal ke murah di Malaysia? Hahaha).
Tambah beliau lagi, dia lebih mudah untuk membeli atau mencuba motosikal berkuasa sederhana disebabkan faktor harga di Malaysia. Untuk membuat ‘review’ mengenai motosikal berkuasa tinggi di Malaysia, mungkin beliau belum mampu untuk membeli dan memilikinya, memandangkan beliau sekarang adalah pelajar sepenuh masa dan agak mustahil untuk beliau meminjam motorsikal dari orang yang tak dikenali. Adam melahirkan rasa syukurnya kepada beberapa syarikat permotoran yang membenarkan beliau menggunapakai motorsikal pelbagai jenama untuk di "review". Baik dari Pulau Pinang hingga ke Kuala Lumpur, beliau sanggup datang untuk mencuba model-model motosikal yang diberikan kepada beliau. Selain dari 'review' model-model motorsikal, beliau juga membuat 'review' keatas 'apperal','riding gear' dan tips-tips tunggangan motorsikal.

Di akhir perbualan kami, beliau melahirkan ucapan ribuan terima kasih terutama kepada KTNS dan beberapa jenama lain kerana, sentiasa memberi peluang kepada beliau serta kepada TW sendiri kerana sudi menemubual beliau. Bagi yang ingin mengikuti perkembangan Adam aka MotoMatSalleh, anda bolehlah berbuat demikian dengan menggunakan pautan-pautan dibawah ke youtube, insta dan FB beliau. Selamat maju jaya kami ucapkan.

#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TW #MotoMatSalleh

Comments

Follow Us