Wawancara GPone dan Fabio Quartararo



Baru-baru ini telah berlaku satu sesi temubual antara GP One dan Fabio Quartararo. Pelumba Perancis tersebut menjadi perhatian kepada ramai pihak setelah beraksi dengan cemerlang pada tahun lepas dan berjaya merangkul gelaran Rookie of The Year. Yang lebih teruja apabila beliau kerap kali mecatat masa terpantas pada pusingan kelayakan dan 2 kali bersaing dengan juara dunia, Marc Marquez untuk merebut kemenangan perlumbaan.

Borcakap soal masa depannya, tanpa menafikan dominasi Marc pada masa kini yang sangat kuat, Fabio berazam untuk menewaskan Marc nanti. Beliau mengakui bahawa jentera Honda sangat kuat namun jentera Yamaha juga tidak kurang hebatnya. Itu menambahkan lagi keyakinan beliau untuk terus bersaing di kelompok hadapan hingga ke garisan penamat pada setiap perlumbaan mendatang.

Disoal tentang keinginan untuk bersama dengan Marc dalam satu pasukan pada masa akan datang, Fabio tanpa teragak-agak memberi jawapan 'TIDAK'. Beliau berkata mempunyai jentera yang berbeza akan menjadikan tugas untuk mengalahkan Marc adalah lebih senang berbanding dengan jentera yang sama.

#TwoWheels #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM 🇲🇾 #TWmedia
#FQ20
#MM93
#motogp

Comments

Follow Us