04 Hari lagi menuju #MotoGP




Andrea Dovizioso, nama yang tak asing lagi dalam dunia MotoGP. Beliau adalah pencabar kuat marq marquez untuk 3 tahun terakhir. Beliau berjaya mendapat runner up sebanyak 3 kali berturut2 di belakang marq, namun belum bernasib baik untuk mendapat gelar juara dunia. Min ceritakan sedikit kisah Dovizioso.

Beliau dikira otai dalam sukan pemotoran kerana antara pelumba yang sempat bertanding dalam kategori 125cc. Sepanjang karier beliau, beliau berjaya mendapat gelaran juara dunia 125cc pada musim 2004, tempat ke 3 dan ke 2 pada kelas 250cc pada tahun 2005-2007 untuk keudukan keseluruhan.

Pada 2007 beliau berpindah ke MotoGP bersama pasukan JiR Team Scot MotoGP menggunakan jentera Honda. Pada tahun pertama beliau di MotoGP, Dovi adalah salah satu pelumba Honda yang paling konsisten kerana menduduki tempat ke-4 dan ke-5 beberapa kali, serta meraih tempat ke-3 podium di MotoGP Malaysia di Sepang. Dovizioso menduduki tempat ke-5 dalam keseluruhan kedudukan terakhir.

Pada tahun 2009 hingga 2011, beliau bersama pasukan Repsol Honda dan sepanjang kariernya bersama pasukan ini, beliau berjaya mendapat 14 podium dan 1 kemenangan. Pada tahun 2011 pasukan Repsol Honda memiliki 3 pelumba dalam satu pasukan iaitu, Andrea Dovizioso, Casey Stoner dan Dani Pedrosa.

Pada tahun 2012, beliau berpindah ke Yamaha bersama pasukan Monster Yamaha Tech 3. Tetapi kontrak beliau hanyalah bertahan selama setahun dan sepanjang musim ini, beliau berjaya mendapat 6 podium. Setelah dikhabarkan Valentino Rossi Kembali ke Yamaha, Beliau menggantikan tempat Rossi di Ducati untuk tahun 2013 sehingga sekarang.

Sepanjang beliau di Ducati, Beliau berjaya menjadi cabaran rapat Marq Marquez untuk 3 tahun terakhir. Min berpendapat Dovizioso hanya tidak bernasib baik kerana setiap pertarungan kejuaraan mata antara beliau dengan Marq Marquez, beliau sering tidak dapat menghabiskan perlumbaan kerana kesalahan pelumba lain semasa perlumbaan dan terjatuh. Ini menyebabkan pungutan mata semakin jauh untuk dikejar.

Tahun ini beliau dia gosipkan akan meninggalkan Ducati disebabkan gaji. Selepas pandemik Covid19 melanda. Ducati dikhabarkan ingin mengurangkan kos dan sekaligus ingin mengurangkan atau kekalkan gaji pelumba mereka. Tetapi Dovi sudah membuktikan beliau seharusnya layak dinaikkan gaji atas factor berjaya mendapat tempat ke 2 untuk 3 tahun berturut2. Mungkin baginya Lorenzo boleh demand, takkan aku tak boleh?. Umum mengetahui bahawa gaji Lorenzo Ketika berada di Ducati amat jauh perbezaanya jika dibandingkan dengan Dovi.

Apakah nasib Dovi selepas ini? Ada peminat Dovi tak?

#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TWmedia #TWcare #AndreaDovizioso #AD04

Comments

Follow Us