1 Hari lagi menuju MotoGP








Kisah tentang nombor 1 di MotoGP. Nombor 1 sangatlah istimewa kerana hanya seorang juara dunia di musim sebelumnya yang dibenarkan menggunakan nombor ini pada jentera mereka. Ramai pelumba - pelumba yang telah mendapat gelaran juara tetapi tidak semuanya menggunakan nombor ini untuk musim seterusnya.

Antara yang pernah menggunakan nombor ini adalah Mick Doohan, Nicky Hayden, Casey Stoner dan Jorge Lorenzo. Kebanyakkan pelumba tidak suka menggunakan nombor 1 kerana bagi mereka setelah menggunakan nombor ini, untuk mengekalkan kejuaraan amatlah susah dengan kata mudahnya ‘agak suwey’. Tetapi ini tidak dinafikan oleh Mick Doohan yang menggunakan nombor 1 untuk 4 tahun berturut2 selepas memenangi kejuaraan pada 1994 hingga 1999.

Pelumba ke 2 yang menggunakan nombor 1 ini adalah mendiang Nicky Hayden pada 2007 yang mendapat gelar juara dunia pada tahun 2006. Pelumba ke 3 adalah Casey Stoner yang menggunakan nombor 1 ini pada 2 jentera yang berbeza. Stoner mendapat gelar juara Dunia pada tahun 2007 bersama Ducati dan Honda pada tahun 2011. Beliau menggunakan nombor ini pada tahun 2008 dan 2012.

Pelumba yang terakhir menggunakan nombor 1 pada jenteranya adalah tak lain tak bukan iaitu 5 kali juara dunia Jorge Lorenzo yang memenangi kejuaraan dunia pada 2012 dan memakai nombor ini pada tahun 2013. Lorenzo memenangi kejuaraan dengan rekod pungutan mata yang paling banyak ketika itu. Walaupun begitu, beliau mendapat gelar juaranya yang ke 5 pada 2015, beliau tidak menukarkan nombor jenteranya untuk musim 2016.

Buat masa sekarang, trend menukarkan nombor 1 ini tidak begitu diminati oleh pelumba. Ini dapat dilihat dari Valentino Rossi yang sudah 9 kali juara dunia tetapi tidak pernah menggunakan nombor 1 pada jentera mereka, Rossi hanya pernah menggunakan nombor 1 tetapi hanya diletakkan pada racing suit beliau di bahagian bahu. Sama juga dengan juara bertahan di era baru ini iaitu Marq Marquez yang tidak pernah menggunakan nombor 1. Ini kerana pelumba-pelumba di zaman ini amatlah menjaga branding nombor mereka kerana mereka juga menggunakan design nombor ini pada merchandise mereka dan untuk tujuan bisnes.

#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TWmedia #TWcare #mickdoohan #nickyhayden #caseystoner #jorgelorenzo

Comments

Follow Us