- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Cerita menarik tentang Maverick vinales. Beliau adalah salah satu pelumba yang sempat belumba dalam kelas 125cc Pada tahun 2011. Pada tahun 2012, Moto3 baru diperkenalkan dan Viñales salah seorang pelumba yang dicalonkan sebagai juara kegemaran ramai dalam kejuaraan Moto3. Beliau memenangi lima perlumbaan pada awal musim. Tetapi disebabkan kurangnya konsistensi dengan beberapa kemalangan menyebabkan beliau tidak dapat mengikuti rapat saingan sengitnya iaitu Sandro Cortese.
Melangkah ke Malaysia dengan peluang tipis untuk memenangi gelaran juara, beliau mengejutkan ramai peminat dan media ketika itu. Beliau dengan marah meninggalkan pasukannya dan terbang pulang dan selepas itu menarik diri dari perlumbaan. Cortese Berjaya memenangi perlumbaan dan sekaligus merangkul gelaran juara diikuti dengan Luis Salom ditempat ke 2 di tempat kedua. Viñales akhirnya meminta maaf dan kembali ke pasukan untuk dua perlumbaan terakhir musim ini dengan mendapat tempat ketiga dalam kedudukan keseluruhan. Beliau gagal untuk mengatasi Luis Salom yang kekal di kedudukan kedua keseluruhan.
Pada tahun 2013, beliau bersama pasukan Calvo dengan menggunakan jentera KTM, berjaya mendapat gelaran juara dunia diikuti dengan Alex Rins di tempat ke 2. Musim 2014 beliau berpindah ke kelas Moto2 dengan kontrak 2 tahun bersama pasukan Pons Racing. Beliau Berjaya mendapat gelaran rookie of the year. Walaupun kontrak sudah ditandatangani sehingga 2015, pada akhir 2014 kontrak itu diabaikan dengan tawaran ke MotoGP Bersama Pasukan Suzuki ECSTAR.
Pada tahun pertamanya di kelas MotoGP, Prestasinya tidak begitu cemerlang jika dibandingkan dengan sebelumnya. Walau bagaimanapun, Beliau masih berjaya mendapat gelaran rookie of the year sekali lagi. Pada tahun 2016 prestasi beliau melonjak naik dengan Berjaya mendapat kemenangan 1 kali di litar Silverstone dan kedudukan keseluruhan kejuaraan di tempat ke 4.
Pada Musim 2017, Beliau berpindah ke pasukan Movistar Yamaha MotoGP mengantikan Jorge Lorenzo yang berpindah ke Ducati. Beliau Berjaya mendapat Kemenangan 2 kali berturut2 pada awal musim ini dan Pada waktu ini, beliau dicanang sebagai pelumba yang mampu menghentikan dominasi Marquez dan bakal juara dunia oleh peminat2 MotoGP. Tetapi prestasi yang tidak konsisten, beliau hanya mengungguli keseluruhan kejuaraan di tempat ke 3.
Tahun ini beliau bersama pasukan Monster Yamaha MotoGP adalah kandidat juara yang kuat. Dapatkah Vinales mematahkan dominasi Marquez pada musim ini?
#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TWmedia #TWcare #Dorna #MotoGP #moto2 #moto3 #maverickvinales #mv12 #mv25
Comments
Post a Comment