13 hari lagi menuju motogp




Romano Fenati. Untuk musim Moto3 2014, Fenati menandatangani kontrak dengan Valentino Rossi Sky Racing Team dibawah VR46.  Ini adalah musim naik turun bagi Fenati, beliau berjaya mendapat 4 podium dalam 6 perlumbaan pertama dan akhirnya mencatatkan 4 kemenangan selama musim ini.  Namun, keputusan yang tidak konsisten akhirnya menjadikannya di kedudukan ke-5 dalam keseluruhan kejuaraan dengan 176 mata.

Fenati dipecat oleh Sky Racing VR46 di Austria sebagai tindakan tatatertib kerana tidak bersefahaman dengan pasukan.  Pada 16 Ogos, pasukan VR46 menamatkan kontrak mereka dengan Romano untuk musim 2016 dan 2017 yang kerana masalah tingkah laku yang bertentangan dengan misi pasukan.

Pada 9 September 2018, sekali lagi Fenati membuat kontroversi di Grand Prix San Marino 2018, Fenati dikenakan bendera hitam (disqualified) setelah menarik tuas brek depan pelumba lawannya, Stefano Manzi yang mengakibatkan beliau dikenakan larangan dua perlumbaan. Berikutan kejadian itu, Pasukan Marinelli Snipersnya kemudian menamatkan kontrak mereka dengan Fenati. 

Pada bulan November 2018 diumumkan bahawa dia akan kembali untuk musim 2019 di kelas Moto3. Pengajarannya disini adalah, sehebat mana pun pelumba itu, haruslah menjaga attitude yang lebih professional.

#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TWmedia #TWcare #MotoGP #moto3 #moto2 #motogp #fenati #romanofenati

Comments

Follow Us