14 hari lagi menuju #MotoGP, Zero to Hero : Tony Arbolino


 
Pada tahun 2017, Tony Arbolino bermula debut dalam Kejuaraan Dunia Moto3 bersama pasukan SIC58 Squadra Corse. Sepanjang musim 2017, Beliau hanya dapat mengumpul 2 mata sepanjang musim dan berakhir di tangga ke-34 di kedudukan keseluruhan.

Pada tahun 2018, beliau berlumba untuk Marinelli Snipers Team dan beliau berjaya mendapat kedudukan pertama di perlumbaan kedua pada musim itu iaitu di Termas de Rio Hondo. Sepanjang musim ini, prestasi beliau memberangsangkan kerana sering mendapatkan mata, kedudukan terbaiknya musim ini adalah mendapat kedudukan ke 4 di Valencia. Pada akhir musim 2018, beliau berjaya menduduki tempat ke-18 dalam kedudukan keseluruhan pelumba. 

Pada tahun 2019, beliau meneruskan satu tahun lagi dengan VNE Snipers Team, dan mendapat podium pertamanya di Argentina. Dia kemudian memenangi kemenangan pertamanya di Mugello dan juga kemenangan kedua di Assen. Pada musim ini, prestasinya sangat cemerlang kerana sering mendapat podium beberapa kali. Dia Berjaya mendapat tempat ke 4 dalam kedudukan keseluruhan kejuaraan Moto3 musim 2019. 

Inilah dikatakan usaha tangga kejayaan, Adakah Tony Arbolino mampu menjadi calon kuat juara dunia musim ini?

#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TWmedia #TWcare #Dorna #MotoGP #tony #tonyarbolino #ta14

Comments

Follow Us