15 Hari lagi menuju #MotoGP



Sete Gibernau, nama yang tak asing lagi bagi peminat-peminat MotoGP di seluruh dunia. Pengalamannya selama 15 tahun (5 tahun 250cc, 5 tahun 500cc dan 5 tahun MotoGP) sudah cukup untuk menunjukkan betapa legendnya beliau dalam grand prix Motosikal dunia. Selama 15 tahun, beliau pernah membawa 4 jenis jentera di setiap kelas iaitu Yamaha, Honda, Suzuki dan Ducati.

Beliau juga salah seorang rival kuat Valentino Rossi yang sedia maklum sangat dominan pada zaman itu. Perlawanan antara Rossi dan Gibernau pada last lap dan last corner di litar Jerez 2005, paling diingati oleh peminat2 MotoGP sehingga sekarang.

Selepas bersara dalam dunia MotoGP pada tahun 2006, beliau membuat comeback dengan menyertai pasukan Angel Nieto dengan jentera Ducati. Selepas itu, beliau bersara pada pertengahan musim 2009.pada tahun 2019 beliau membuat comeback kali ke dua dengan menyertai kelas terbaru iaitu MotoE World Cup dengan pasukan Pons Racing.

Untuk rekod, Walaupun beliau tidak pernah mendapat gelaran juara dunia, beliau pernah menjadi 2 kali runner up untuk kejuaraan MotoGP iaitu pada musim 2003 dan 2004 bersama pasukan Telefónica Movistar Honda dengan jentera Honda RC211V.

#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TWmedia #TWcare #Dorna #MotoGP #setegibernau #setegibernau15

Comments

Follow Us