16 hari lagi #motogp



Pada Era motogp sekarang, kita jarang lihat penglibatan pelumba2 dari negara USA. Untuk rekod 6 pelumba terbaik dunia daripada negara USA iaitu, Wayne Rainey, Kenny Roberts, Kenny Roberts Jr, Nicky Hayden, Freddie Spencer, dan Eddie Lawson.

Joe Robert, satu2nya pelumba dari negara USA yang terlibat dalam kejohanan MotoGP iaitu di kelas Moto2. Pada tahun 2016, beliau terlibat dalam CEV Moto2 bersama pasukan AGR. Oleh kerana pencapaian beliau yang memuaskan bersama jentera kalex, beliau dijemput oleh pasukan AGR untuk berlumba di kejohanan Moto2 dunia. Beliau membuat debut sensasi di litar Brno dengan bermula dari petak ke 29 dan berjaya mendapat tempat ke 10 pada perlumbaan pertamanya di peringkat dunia.

3 tahun di peringkat Moto2 dengan 3 jentera berbeza iaitu Kalex, NTS dan KTM, prestasi beliau tidak begitu baik. Pada musim 2020, pasukannya sekarang iaitu American Racing telah menukar jentera KTM kepada Kalex ekoran jentera KTM mengambil keputusan menarik diri dan tidak bertanding dalam kelas Moto2.

Pada perlumbaan pertama musim 2020 di Qatar, beliau berjaya meraih pole position dan beliau digempar gempurkan menjadi salah satu kandidat kuat juara dunia moto2 musim ini. Pada pendapat anda, mampukah Joe Robert menjadi Juara Dunia Moto2 untuk musim 2020?

#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TWmedia #TWcare #Dorna #MotoGP #joerobert #JR16 #americanracing

Comments

Follow Us