2 hari lagi menuju perlumbaan MotoGP, tetapi test di Jerez sudah bermula pada hari ini.








Jom min cerita sikit pelumba Legend ni. Dani Pedrosa atau nama sebenar Daniel Pedrosa Ramal (lahir 29 September 1985) adalah bekas pelumba motosikal Grand Prix dari Sepanyol yang telah bersara dari pertandingan pada akhir musim 2018. Sepanjang karier beliau, beliau adalah juara dunia 125 cc pada tahun 2003 dan merupakan juara dunia termuda dalam Grand Prix 250 cc pada musim 2004. Jumlah gelaran juara dunia adalah sebanyak 3 kali iaitu 1 kali di kelas 125cc dan 2 kali di kelas 250cc

Walaupun tidak pernah menjadi juara dunia MotoGP, Pedrosa pasti memenangi perlumbaan dalam dua belas musim berturut-turut dalam kejuaraan (2006-2017). Dia juga pernah merangkul naib juara tiga kali (2007, 2010 dan 2012). Pedrosa menghabiskan 13 musim hanya dengan satu pasukan iaitu Repsol Honda sehingga akhir tahun 2018. Beliau mengesahkan pengunduran dirinya dari MotoGP pada 12 Julai 2018.

Sepanjang Kariernya, beliau dikira sangat lasak kerana telah mengalami 19 kecederaan seluruh tubuh badannya. Boleh dikatakan bahawa kegagalan mendapat gelar juara dunia adalah disebabkan cedera dan terpaksa direhatkan beberapa perlumbaan selepas kecederaan. Dani Pedrosa boleh dikira pelumba yang tidak ada haters oleh peminat-peminat MotoGP kerana peribadinya dan juga tidak membuat banyak kontroversi. Beliau pernah menggunakan nombor 2 dan nombor 3 pada jenteranya kerana beliau Berjaya mendapat naib juara dan tempat ketiga pada tahun sebelumnya

Pada akhir Oktober, beliau mengakhiri hubungan lama dengan Honda dan disahkan menandatangani kontrak untuk pasukan KTM MotoGP sebagai pelumba ujian. Pedrosa menggantikan pelumba ujian KTM, Mika Kallio, yang mengalami kecederaan lutut yang serius ketika berlumba sebagai wildcard yang dijadualkan pada bulan Julai 2018.

tak yah tanya lah mesti ada peminat Dani kat sini kan!

#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TWmedia #TWcare #danipedrosa #DP26

Comments

Follow Us