3 hari lagi menuju MotoGP.









Max Biaggi, 4 kali juara dunia 250cc. 3 bersama jentera Aprilia dan 1 jentera Honda. Pada tahun 1999, Beliau ke kelas 500cc bersama pasukan Yamaha Malboro selama 4 tahun dan Beliau juga salah satu rival kuat Valentino Rossi. Sepanjang beliau di kelas 500cc, beliau Berjaya mendapat 2 kali runner up dan 1 kali tempat ke 3 dalam kedudukan keseluruhan pelumba.

Pada tahun 2002, kejohanan tertinggi sudah bertukar menjadi MotoGP. Beliau masih di Yamaha menggunakan YZR- M1 yang serba baharu. Pada tahun pertama beliau di MotoGP, beliau mendapat tempat ke 2 di kedudukan keseluruhan pungutan mata di belakang rossi dengan Berjaya memenangi 2 perlumbaan. Persaingan Beliau dengan valentino Rossi amatlah sengit dan setiap kali perlumbaan, drama antara 2 pelumba ini selalu dinanti-nantikan seperti Rossi dan Marq.
Sepanjang beliau di kelas tertinggi, beliau tidak Berjaya mendapat gelaran juara dunia dan pada tahun 2005 beliau mengumumkan bersara dari kejohanan MotoGP untuk musim 2006. Pada tahun 2006 beliau tidak mengikuti apa-apa pertandingan Motorsikal dan tahun ini beliau berehat dari apa-apa perlumbaan.

Pada tahun 2007 beliau mengumumkan akan bersaing dalam kejohanan WSBK bersama pasukan Suzuki. Pada perlumbaan pertamanya di Qatar, Beliau Berjaya memenangi perlumbaan pada perlumbaan tersebut dan sekaligus telah memecah rekod pada tahun itu iaitu Rookie termuda yang memenangi perlumbaan di WSBK. Beliau hanya bertahan 1 musim bersama Suzuki dan tahun seterusnya beliau berpindah ke Ducati.

Pada Tahun 2008 prestasinya tidak begitu baik bersama Ducati kerana tidak dapat memenangi apa2 perlumbaan dan beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke pasukan Aprilia. Sepanjang beliau bersama pasukan ini, beliau Berjaya memenangi gelar juara dunia sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2010 dan 2012. Beliau bersara penuh dalam sukan permotoran pada tahun 2016. Sehingga sekarang beliau masih aktif di kem Aprilia MotoGP dan selalu memandu uji motor-motor keluaran Aprilia.

Mesti ada peminat legend ni kan?

#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TWmedia #TWcare

Comments

Follow Us