'69' Nicky Hayden




Sekiranya beliau masih ada, semalam adalah ulangtahun kelahiran “The Kentucky Kid” yang ke 39.

Nicky Hayden mula berlumba seawal 17 tahun. Melangkah ke dunia perlumbaan, ‘AMA Formula Extreme’ menjadi titik permulaan buat beliau. Usaha bersungguh-sungguh tanpa putus asa akhirnya membuahkan hasil. Nicky mula berlumba di arus perdana MotoGP bersama Pasukan Repsol Honda pada tahun April 2003 dan memenangi podium pertama beliau (tempat ketiga) hanya beberapa bulan selepas itu yakni pada Oktober 2003.

Namun, kegemilangan beliau berakhir awal. Selepas 5 hari bertarung nyawa akibat kecederaan otak, Nicky maut akibat kemalangan yang dialaminya ketika menunggang basikal di Itali pada 2017.

Mendiang Hayden dianugerahkan Lagenda MotoGP oleh FIM pada 2015 dan nama beliau juga terpahat di “AMA Motorcycle Hall Of Fame” pada 2018 setahun selepas kematiannya malah terdapat cuti rasmi pada setiap 6 Jun iaitu “Nicky Hayden Day” di daerah Owensboro. Beliau antara kebanggaan rakyat Amerika Syarikat ketika itu dan hingga masa kini.

#TW #TwoWheels #NickyHayden #69 #NH69 #TheKentuckyKid #MotoGP #Legends #AMAracing #AMAmotorcycle #wemissyou #RIP

Comments

Follow Us