9 hari lagi menuju MotoGP



Danilo Petrucci salah satunya pelumba yang dari kejuaraan lain selain cal cruthlow yang masuk ke kejohanan MotoGP. Beliau dari kejohanan FIM Superstock 1000 Championship pada tahun 2009-2011.Beliau Berjaya mendapat 4 kemenangan dan 6 pole sepanjang musim 2011 dengan jentera Ducati 1098R 

Pada 2012, Beliau menerima tawaran ke MotoGP menandatangani kontrak dengan pasukan Ioda dalam kelas MotoGP. Petrucci menghabiskan musim dengan mendapat tempat ke 19 Keseluruhan kejuaraan.

Pada 2015 beliau Bersama pasukan pramac Ducati dengan kontrak 2 tahun mengantikan Andrea Iannone yang berpindah ke team kilang Ducati. Walaupun bermula dari kedudukan 18 grid, Petrucci Berjaya mendapat podium pertamanya iaitu di tempat kedua di litar British dalam keadaan litar basah di belakang Valentino Rossi.

Pada 2019, Petrucci diumumkan oleh pasukan ducati kilang untuk menggantikan tempat 5 kali juara dunia, Jorge Lorenzo yang bagi pergi ke pasukan Repsol Honda. Ketika ini, Ducati menyatakan bahawa Petrucci lebih cemerlang diatas desmo mereka berbanding Lorenzo, 

Pada musim yang sama di litar Mugello, Petrucci Berjaya mendapat kemenangan pertamanya di depan Marq Marquez dan Andrea Dovizioso. Ini kemenangan yang manis disebabkan pertarungan mereka bertiga untuk merebut kemenangan disini sangat kuat. Tidak lama kemudian Pasukan Ducati mengumumkan Petrucci untuk kekal bersama mereka lagi pada musim 2020.

Nasib tidak menyebelahi Petrucci selepas beliau diumumkan kontrak, prestasi beliau kurang memuaskan dan pada tahun ini beliau diumumkan akan meninggalkan pasukan Ducati untuk musim 2021. Selepas diumumkan hal tersebut, beliau tidak duduk diam dan terus terbang ke Austria untuk berunding dengan pasukan KTM. Beliau masih mahu tempat di MotoGP dan tidak berminat lagi untuk ke kejuaraan lain seperti Alvaro Bautista ke WSBK. Beliau kini sudah pasti akan bersama pasukan Redbull KTM Tech 3 pada musim 2021.

Adakah Danilo Petrucci mampu memberikan kemenangan untuk pasukan KTM?

#TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TWmedia #TWcare #Dorna #MotoGP #danilopetrucci #DP09 #petrucci #Petrux #MarqMarquez #AndreaDovizioso

Comments

Follow Us