Alpinestar – Dari pembuat barangan kulit ke puncak kegemilangan.





Dari sekuntum bunga di pergunungan dingin, Alpinestar diberi nama semasa penubuhannya pada tahun 1963. Diasaskan oleh Sante Mazzarolo di Asolo, Italy, bunga tersebut menjadi inspirasi kepadanya untuk terus mengejar cita-cita beliau.

Alpinestar bermula dengan membuat kasut mendaki dan but luncur salji. Seterusnya dari itu, mereka mula fokus membuat kasut ‘motocross’ dan kasut lumba sukan bermotor.

Bermula dari 1990, Alpinestar giat mengeluarkan produk-produk baru pakaian dan aksesori perlindungan. Pada 2011, mereka memperkenalkan sut lumba berteknologi tinggi yang mana dilengkapi beg udara dan cip data bagi tujuan analisa. Kejayaan mereka terbukti apabila pada Jun 2013, pelumba terkenal, Marc Marquez selamat tanpa sebarang kecederaan setelah mengalami kemalangan pada kelajuan 337 km/j!

Alpinestar juga giat dalam pembangunan sukan 4 roda dimana mereka telah berjaya menghasilkan sut lumba kalis api untuk siri perlumbaan NASCAR. Dari sut lumba ini juga, F1 mewajibkan pelumba mereka memakainya ketika perlumbaan berlangsung.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Alpinestar juga menghasilkan ‘mountain bikes’ sehingga tahun 1996!

Penglibatan Alpinestar dalam sukan permotoran memang tidak asing lagi. Banyak pelumba ternama yang ditaja oleh mereka. Baik dalam sukan permotoran 2 roda hingga ke sukan 4 roda. Alpinestar antara jenama pakaian keselamatan yang sangat dipercayai.

Mesti korang ada pakai produk Alpinestar kan? Paling tidak pun sarung tangan. Macam biasa, pastikan ianya produk tulen bagi menjaga keselamatan anda!

Kongsikan kisah anda dan teruskan bersama kami! Please like and share guys..!!

#TW #TwoWheels #TWlearn #TWinfo #TWhistory #TWtechnical #Alpinestar #MotoGP #F1 #NASCAR

Comments

Follow Us