- Get link
- X
- Other Apps
Seringkali kita mendengar perkhabaran mengenai pelumba MotoGP yang mengalami bahu terkehel selepas kemalangan di litar. Terbaru, Alex Rins mengalami bahu terkehel setelah terlibat didalam kemalangan di T11 semasa QP2 berlangsung dan beliau disahkan unfit untuk meneruskan perlumbaan hari ini.
Bahu adalah salah satu sendi yang paling mudah terlucut kerana sendi bola lengan atas anda berada di soket yang sangat cetek.
Ini menjadikan lengan sangat mudah bergerak dan dapat bergerak ke pelbagai arah, tetapi juga ianya sangat tidak stabil dan mudah untuk terkeluar jika terdapat impak yang kuat keatas bahu.
Dalam beberapa kes, tisu-tisu di sekitarnya yang menyokong sendi bahu juga mungkin melebar atau terkoyak.
Bahu yang terkeluar mengambil masa antara 12 dan 16 minggu untuk sembuh setelah bahu diletakkan kembali ke tempatnya namun dalam perubatan moden MotoGP, pelumba seringkali akan kembali beraksi dalam masa 2-3 hari, tertakluk kepada fizikal individu tersebut.
#TwoWheels #TWmedia #MotoGP #Trivia #Medical
Comments
Post a Comment